GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang sedang memancing di Pantai Robina, Butterworth terkejut apabila menemui sebuah kotak yang mengandungi sepucuk pistol, kelopak peluru dan peluru hidup di tepi pantai berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, susulan penemuan itu, lelaki berkenaan telah menghubungi Balai Polis Telok Air Tawar pada jam 4.30 pagi, Selasa untuk memaklumkan perkara tersebut.