SHAH ALAM – Suhu di Cameron Highlands pada masa kini sudah kurang sejuk kerana turut berkait rapat dengan isu pemanasan global.
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, suhu dunia secara global meningkat 0.06 darjah Celsius dalam tempoh 10 tahun.