KUALA LUMPUR – Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar berkuat kuasa 21 April ini secara berperingkat, dapat membantu menyemai kecintaan terhadap negara sejak di bangku sekolah.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon dalam kenyataan menyifatkan inisiatif itu bukan hanya simbolik tetapi juga satu langkah penting dalam mengukuhkan identiti nasional dan perpaduan dalam kalangan pelajar.