KUALA SELANGOR – Pemaju projek perumahan di Taman Sungai Yu Indah, di sini sedang berusaha melengkapkan segala prosedur yang diperlukan oleh pihak berwajib.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, hasil pertemuan beliau dengan pemaju projek itu terdapat dua isu masih belum selesai melibatkan Indah Water Konsortium (IWK) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hingga menyebabkan kelewatan rumah itu untuk diduduki.