KUANTAN – Sebuah syarikat pemaju perumahan membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin berhubung kenyataan yang dianggap fitnah dan berniat jahat mengenai status projek perumahan Generasi FELDA (PGBF).
Pengarah Urusan KMDI Holding Sdn Bhd, Datuk Azjuriyahti Azlan berkata, selain laporan polis, peguamnya juga akan menghantar surat saman kepada wakil rakyat berkenaan dalam masa terdekat.