KOTA BHARU – Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) menjelaskan kadar sewa tapak Bazar Ramadan tahun ini yang akan berlangsung di Zon B, Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV ditentukan sepenuhnya oleh pemajak.
Ia susulan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menarik diri daripada penganjuran Program Pasar Tani Ramadan 2025 di lokasi berkenaan.