PUTRAJAYA – Nasib enam lelaki untuk mengetepikan hukuman gantung sampai mati dan sabitan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais 10 tahun lalu, akan diputuskan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.
Mereka selaku perayu pertama hingga keenam itu ialah bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 62; pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandran, 54, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 33; A K Thinesh Kumar, 32; M Vishwanath, 35 serta S Nimalan, 32.