JOHOR BAHRU – Tindakan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatannya selepas tewas dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya sekadar lakonan politik untuk melarikan diri daripada kegagalan sendiri.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani berkata, ramai yang teruja dan memuji langkah tersebut kononnya sebagai simbol prinsip dan integriti, namun hakikatnya ia adalah taktik mencipta persepsi semata-mata.