KUALA LUMPUR – Individu yang terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Sesi 2/2025 perlu melapor diri selewat-lewatnya 12 tengah hari esok seperti ditetapkan dalam surat panggilan rasmi.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan kehadiran pelatih adalah diwajibkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara sekiranya gagal hadir tanpa alasan munasabah atau pembuktian masalah kesihatan yang disahkan pakar perubatan.