KUANTAN – Peluang menjalani latihan menembak menggunakan senjata ringan jenis M16 menjadi pengalaman baharu yang sangat berharga buat pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Rejimen 505, Kem Force, Sungai Miang, Pekan.
Rata-rata pelatih yang ditemui mengakui pada awalnya berasa gementar dan takut kerana pertama kali memegang senjata tersebut, namun semuanya berjalan lancar hasil tunjuk ajar jurulatih melalui latihan asas pengendalian senjata yang diberikan.