GEORGE TOWN – Tiada prasyarat dalam Perlembagaan Negeri yang mewajibkan pelantikan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Pulau Pinang terdiri daripada individu yang pernah berkhidmat atau berasal dari negeri ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini, beberapa TYT Pulau Pinang pernah dilantik dalam kalangan individu yang bukan anak jati negeri ini.