SHAH ALAM – Pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) jelas menunjukkan komitmen parti untuk mengangkat kepimpinan wanita dalam laras pengurusan dan pentadbiran.
Ketua Wanitanya, Fadhlina Sidek berkata, sayap parti yang dipimpinnya akan terus mendukung agenda pengukuhan dan memperkemas gerak kerja demi manfaat sejagat.