SHAH ALAM – Pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Presiden Assembly of Parties (AoP) Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) menunjukkan Malaysia mula mendapat kepercayaan dunia.
Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berkata, pelantikan berkenaan menjadi sejarah terbesar dan bukti usaha gigih kerajaan yang tidak henti dalam membanteras isu rasuah.