KUALA LUMPUR – Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia berkata, antara sasaran yang ditetapkan menjelang 2030 termasuk peningkatan purata gaji belia kepada RM3,152 serta pengurangan kadar pengangguran belia kepada 6.5 peratus.