PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperluas pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) secara rintis terhadap perolehan kerja dan perkhidmatan perunding (fizikal) bermula 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, LHDN memaklumkan ia melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).