Pelakon dan penyanyi Tamil terkenal tempatan, Sivakumar Jayabalan dan ibunya ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassa, berkata siasatan awal mendapati insiden yang menimpa Sivakumar, 48, dan ibunya yang berusia 76 tahun itu dilaporkan pada jam 12.35 tengah hari.