SEREMBAN – Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di sini pada Sabtu.
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo, 51, dihubungi Sinar Harian berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.