KUBANG PASU – Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut selepas dilanggar sebuah bas kampus dalam kejadian tragis yang berlaku di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, UUM pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, mangsa Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.