PERLIS – Pelajar kolej kediaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dilarang menggunakan kenderaan melebihi 125 cc bagi memastikan kelancaran trafik, sekali gus menyelaras peraturan universiti dalam kampus berkenaan.
Exco Keselamatan, Logistik dan Pengangkutan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kampus Arau Sesi 2024/2025 memaklumkan larangan tersebut menerusi hantaran di Facebook UiTM Perlis MPP pada Sabtu.