KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian di kawasan sebuah sekolah menengah di Kajang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku selepas pelajar terbabit tidak berpuas hati apabila ditegur guru lelaki berusia 29 tahun kerana tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani (PJ).