KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah vernakular seperti sekolah menengah persendirian Cina tidak berdepan masalah dalam menguasai bahasa Melayu kerana kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan bagi memperkasakan pembelajarannya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ini termasuk menggalakkan sekolah menyertai Pertandingan Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera bagi memupuk penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.