JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan menyunting, mengedarkan dan menjual gambar lucah di media sosial.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kejadian itu terbongkar apabila seorang wanita berusia 18 tahun membuat laporan polis pada 3 April lalu, selepas mendapati gambar lucah yang disunting menggunakan wajahnya tular di media sosial.