PONTIAN – Pengalaman pertama mengimamkan solat tarawih ketika berusia 15 tahun di Surau Kampung Parit Marjunit di sini, merupakan kenangan paling berharga buat Ali Ridha Samad, 18, sebagai pelajar tahfiz.
Menurutnya, sejak usia 12 tahun dia telah mendalami pengajian tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Marjunidy, namun menjadi imam solat tarawih adalah sesuatu yang cukup mencabar dan memberikan pengalaman baharu.