KUANTAN – Pelabuhan Kuantan di sini berpotensi sebagai hub berlabuh kapal persiaran di Pantai Timur.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelabuhan itu begitu strategik kerana kedudukannya di tengah laluan pelayaran kapal persiaran di Laut China Selatan khususnya dari Singapura-Bangkok-Vietnam-Singapura.