PUTRAJAYA – Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) menyambut baik arahan untuk mewajibkan semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) memaparkan nombor pendaftaran di premis masing-masing mulai tahun depan.
Presiden PPBM, Norsheila Abdullah menjelaskan, langkah tersebut memberi keyakinan kepada ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak mereka ke premis yang didaftarkan.