BANTING – Seorang lelaki warga emas maut akibat dilanggar kereta melintas jalan raya di Kilometer 17.1 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian 7.45 pagi itu, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC, kereta jenis Perodua Alza serta seorang pejalan kaki berusia 70-an.