KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mendahului senarai 104 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Isnin.
Mohd Dusuki, 58, dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.