KUALA LUMPUR – Status rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan terus menjadi bualan hangat warga net, apabila kedua-duanya dilihat memilih jalan damai hanya beberapa jam selepa wanita itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.
Perkongsian terbaharu Khalizah di media sosial juga dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau telah ‘berdamai’ dengan suaminya, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa permohonan cerainya mungkin ditarik balik.