KUALA LUMPUR – Isu melibatkan perkembangan pegangan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) oleh Global Infrastructure Partners (GIP) tidak pernah dirujuk kepada Kabinet.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu hanya dimaklumkan kepada Kabinet selepas keputusan tersebut dibuat.