PASIR MAS – “Tiga anak saudara ini merupakan amanah dan saya akan menjaganya sehingga mereka mampu berdikari.”
Demikian kata seorang jurukimpal, Abd Hadi Abdullah, 54, mengenai tiga anak saudaranya yang kini menjadi anak yatim selepas ibu mereka meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim pada 29 Januari lalu.