KOTA BHARU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menguruskan kes melibatkan bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain serta tiga individu yang lain memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas pasukan berkenaan.
Beliau berkata, pada masa sama pihaknya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menjawab perkara tersebut.