PASUKAN Pilihan Selangor mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura, 2-1 di Stadium Merdeka pada Sabtu.
Biarpun beraksi dalam cuaca hujan dan padang becak, kedua-dua pasukan masih mampu menampilkan corak permainan menghiburkan penyokong masing-masing.