KOTA BHARU – Jajahan Pasir Mas dipilih sebagai kawasan perintis bagi pelaksanaan program jihad perangi dadah menerusi kerjasama antara Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula tahun ini.
Pengerusi Pemadam Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, program tersebut digerakkan hasil libat urus bersama Pejabat Tanah dan Jajahan, polis, AADK serta semua penghulu di Pasir Mas.