PASARAN getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut 3.44 peratus kepada AS$72.34 setong.