PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus pulih pada 2024 dan dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan, menurut Statistik Tenaga Buruh Tahunan, Malaysia 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin.
Menurut DOSM, pasaran buruh pada tahun lepas terus mencatatkan prestasi memberangsangkan, dengan kadar pengangguran menurun kepada 3.2 peratus, di bawah paras prapandemik 3.3 peratus yang direkodkan pada 2019.