KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui Rapid KL pada Ahad melancarkan pas MyTourist yang direka khas untuk memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa menikmati pengangkutan awam di ibu kota.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelancaran pas berkenaan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2025.