GEORGE TOWN – Pas Pulau Pinang membantah penganjuran program Sonic Splash Songkran Music Beach anjuran Ferringi Heart Beach Club Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini.
Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, program itu jelas mempromosikan acara yang mencolok mata dan merendahkan martabat nilai insani yang dimuliakan oleh Tuhan.