PORT DICKSON – Isu papan tanda bertulisan Mandarin yang tular di Kampung Sungai Nipah mendapat penyelesaian apabila pihak berkuasa bersetuju menggantikannya dengan papan tanda dwibahasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Pejabat Tanah, sebelum dimaklumkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.