KUANTAN – Beberapa lokasi ‘hotspot’ banjir kilat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu akan diberi perhatian bagi memastikan semua aliran longkangnya lancar dan tidak tersumbat dengan sampah-sarap.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang berkata, langkah itu diambil susulan beberapa kejadian banjir kilat yang melanda kawasan itu sebelum ini.