Turut sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua, kiri).
Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam Isnin. Foto Bernama
PUTRAJAYA – “Walaupun beliau Perdana Menteri, cara hidupnya tetap sederhana dan tidak pernah lupa asal usul.”
Itu antara kata-kata yang dilontarkan Bekas Pegawai Khas Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Jefridin Atan ketika mengenang lebih dua dekad perkhidmatannya bersama bekas Perdana Menteri kelima negara itu.