SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang sebagai seorang pemimpin yang memartabatkan pendidikan Islam, menekankan pendekatan Islam Hadhari dan menerapkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah).
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, Allahyarham yang mesra dengan gelaran Pak lah juga berusaha memperluas ruang kebebasan politik dan institusi semasa pentadbirannya dari 2003 hingga 2009.