Sejak telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ ditayangkan pada 25 Mac 2023, ramai yang terkesan dengan watak yang dibawakan oleh pelakon Zamarul Hisham yang benar-benar menusuk. Telemovie itu meninggalkan satu fenomena lebih-lebih lagi jalan cerita yang dipaparkan tidak klise.
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa telemovie ini diinspirasikan dari kisah sebenar seorang lelaki yang berasal dari Perlis. Pendedahan ini adalah dari pelakon utama telemovie ini iaitu Zamarul yang mengatakan bahawa beliau agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa ‘Pak Cik Razil’ yang kini sudahpun berusia 70 tahun lebih sewaktu pengambaran dijalankan.