SHAH ALAM – Projek pajakan helikopter secara kerjasama awam swasta membolehkan kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan dengan mengagihkan beban kos secara lebih mampan sepanjang tempoh 15 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, inisiatif itu bertujuan menggantikan aset strategik keselamatan yang usang, meningkatkan tahap kesiapsiagaan helikopter sedia ada dan mengurangkan beban fiskal.