Bekas pemain Selangor, Paulo Rangel, masih membuktikan kredibilitinya selaku penyerang berbisa meskipun sudah menjangkau usia 40 tahun ketika ini.
Paulo kini beraksi buat pasukan Castanhal dalam saingan Liga Divisyen 4 Brazil, dengan penyerang tinggi berketinggian 1.88m itu telah menjaringkan enam gol daripada sembilan perlawanan.