Pejam celik kurang seminggu kita akan meraikan Hari Raya. Lazimnya pada hari raya, bagi golongan wanita penampilan diri pastinya akan diatur sempurna. Dari persalinan baju raya, kasut, tudung hinggalah gandingan aksesori seperti barang kemas sebagai pelengkap di pagi raya nanti.
Bukan apa, penggayaan barang kemas seperti gelang, rantai tangan, rantai, cincin, loket dan sebagainya pastinya akan menambah seri pada si pemakai nanti. Inilah masanya mencari barang kemas rekaan teknologi terkini, ‘trendy’, cantik dan kemas hasil buatannya untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.