SHAH ALAM – Pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly sekali lagi menyerang Malaysia dengan membandingkan pendapatan per kapita isi rumah antara Malaysia dan negaranya.
O’Reilly berkata, statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia ialah AS$5,731 (RM25,061) setahun manakala AS mencatatkan AS$42,220 (RM184,628).