KUALA LUMPUR – Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkumpul di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal pagi bagi memberi sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri itu.
Kumpulan penyokong itu mula tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar jam 7 pagi dan setia menanti kehadiran pemimpin kesayangan mereka itu.