Oracle telah menjadi mangsa serangan penggodam dengan 6 juta barisan data daripada 144,000 pelanggan telah berjaya dicuri menurut laporan Bleeping Computer. Data telah dijual menerusi laman pasaran gelap dengan penggodam meminta Oracle membayar 100,000 XMR (~RM 97 juta) untuk mendedahkan kerentanan yang digunakan sehingga menyebabkan sistem boleh diakses.
Pihak Oracle menafikan sistem awanan Orcle Cloud sudah berjaya ditembusi penggodam tetapi beberapa pelanggan mengesahkan kesahihan data yang dicuri. Antara yang berjaya dicuri ialah kata laluan yang disulitkan, fail Java Keystore (JKS), fail utama dan kunci pengurus JPS pelanggan.