PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan satu lagi modus operandi terbaharu Ops Sky iaitu menggalakkan peminjam untuk mempromosi syarikat berkenaan untuk melabur semula.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia satu lagi perkara yang perlu dilihat sama ada mungkin berlaku satu lagi kesalahan syarikat berkenaan yang dipanggil ‘illegal deposit taking’.