SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneruskan operasi khas iaitu Ops Sky secara bertali arus bagi memastikan kegiatan penggubahan wang haram di Malaysia dapat dihentikan.
Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH), Dr Helmi Ibrahim berkata, gejala tersebut dilihat semakin kritikal lebih-lebih lagi dengan ledakan digitalisasi.